Dua penjenayah culik dan bunuh akhirnya didakwa

 Dua penjenayah culik dan bunuh akhirnya didakwa

PORT DICKSON: Dua suspek yang dipercayai telah menculik dan membunuh seorang lelaki yang dilarikan semasa berada di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut, di sini pada 13 Nov lepas, akan didakwa di Mahkamah hari ini.

Memetik sumber Bernama, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata, dua suspek yang masing-masing berusia 43 dan 44 tahun itu, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Port Dickson pada 9 pagi hari ini.

“Pada 13 Nov lepas, seorang wanita yang merupakan isteri mangsa membuat laporan polis mengenai suaminya didatangi oleh suspek, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis untuk siasatan kes samun, lalu bertindak memukul suami mangsa dan mengheret masuk ke dalam van sebelum dilarikan.

Pada hari yang sama, pihak polis telah dimaklumkan bahawa suami mangsa telah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 pagi, oleh Pegawai Perubatan di Hospital Selayang.

Ekoran itu, berdasarkan sumber maklumat yang diperolehi, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur pada keesokan hari, dan menangkap dua suspek lelaki yang berada dalam rumah berkenaan.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  5