Dua penduduk muntah, stor bahan kimia pecah

 Dua penduduk muntah, stor bahan kimia pecah

Bomba memeriksa kandungan air sungai selepas tangki bahan kimia di sebuah stor simpanan pecah di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang, Kulai, malam tadi.

KULAI, 4 Julai – Dua penduduk pening dan muntah apabila sebuah tangki bahan kimia di sebuah stor simpanan dikesan pecah di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang di sini, malam tadi.

Tumpahan bahan kimia itu dikesan mengalir ke dalam sungai pada jam 8.20 malam sebelum penduduk menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dibantu sebuah unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Tinggi II Bahtiar Selamat berkata, mereka turut dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah utiliti Hilux.

“Siasatan mendapati terdapat tumpahan bahan kimia, iaitu methyltriocdylam monium chloride, Hydrogen Peroxide Solution, N-Methyl Cyclohexylamine hasil ujian yang dilakukan oleh pasukan Hazmat.

“Pihak bomba membuat pemantauan di sekitar lokasi mendapati benar terdapat stor simpanan yang berkeluasan 80 kaki x 80 kaki berada tidak jauh dari lokasi yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdapat 30 tangki IDC yang mengandungi bahan alkali dan sebuah daripada tangki itu pecah dan mengalir ke sungai berhampiran.

Bahtiar berkata, isi padu setiap tangki lebih kurang 1,000 liter.

“Pihak bomba bertindak membuat tiga lapisan benteng bagi menghalang bahan buangan tersebut mengalir ke dalam sungai.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan operasi ditamatkan pada jam 2.33 pagi,” katanya sambil memberitahu kes itu telah dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  49  =  50