Dua modul atasi murid berdepan masalah 3M

 Dua modul atasi murid berdepan masalah 3M

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang

ISKANDAR PUTERI, 22 Nov – Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mengedarkan 51,519 naskhah Modul Pembugaran Literasi dan Numerasi Berfokus (MoLIB) kepada murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) di negeri ini yang mempunyai masalah 3M (membaca, mengira dan menulis).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, modul berkenaan diedarkan sejak Oktober lalu bagi memastikan murid Tahap 1 mengusai kemahiran 3M berikutan penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19.

“JPNJ telah menggerakkan pelbagai usaha dalam menangani masalah 3M murid Tahap 1. Murid-murid dibekalkan dengan modul yang sesuai mengikut aras semasa PKP bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelarajan di Rumah (PdPR) dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

“Selepas pandemik pula, JPNJ telah menggerakkan penggunaan Modul Literasi dan Numerasi Berfokus (MoLIB) yang dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru khusus kepada 40 sekolah rintis Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN).

“Selain itu, Modul Pemugaran Literasi dan Numerasi dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum di bawah inisiatif KPMPerkasaku melibatkan semua sekolah rendah,” katanya semasa menjawab soalan Nor Rashidah Ramli (BN-Pasir Raja) yang bertanya mengenai usaha JPNJ memastikan murid mengusai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas tempoh pandemik COVID-19.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata, bimbingan dan pemantauan telah digerakkan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah bagi memastikan penggunaan modul terbabit digunakan secara maksimum.

Katanya, usaha terbabit dapat mempercepatkan proses penguasaan kemahiran 3M dalam kalangan murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  52  =  61