Dua minggu tiada selera, muntah-muntah rupanya ada yang ‘mengikut’ – Fizz Fairuz

 Dua minggu tiada selera, muntah-muntah rupanya ada yang ‘mengikut’ – Fizz Fairuz


PETALING JAYA : Demam tidak kebah selama dua minggu dan selera makan terganggu, pelakon Datuk Fizz Fairuz menjelaskan penyakitnya bukanlah gastrik semata-mata sebaliknya ‘terbawa’ pulang sesuatu selepas penggambaran.

Fizz memaklumkan, dia menjalani penggambaran di Gopeng, Perak yang berdekatan kawasan perkampungan Orang Asli. Secara tidak langsung, dia berdepan dengan pengalaman mistik sehingga memberikan impak terhadap kesihatannya.

“Saya menjalani penggambaran di Sahom, Gopeng yang dikenali tempat orang membuat benda-benda halus. Saya tiba selepas Asar dan terus ke lokasi penggambaran yang berada di perkampungan Orang Asli.

“Saya tiba di sana sekitar 5 hingga 10 minit saja namun sudah rasa seram sejuk. Ketika itu saya bersama seorang ustaz, yang baru saja mengubatkan Nazim Othman. Selepas tiga hari penggambaran saya terus pulang Kuala Lumpur. 

“Apabila tiba di rumah, saya demam tak kebah dan dada rasa seperti ditekan. Namun apabila menjalani ujian saringan kesihatan Covid-19, mujur saya negatif. Cuma, saya tidak boleh makan selama dua minggu kerana apabila makan muntah.

“Saya panas dengan isteri sendiri, tak bermain dengan anak-anak dan banyak termenung. Selama dua minggu ‘benda’ itu menumpang dalam badan saya dan akhirnya saya menelefon semula doktor meminta nasihat,” katanya.

Jelasnya, dia mendapatkan nasihat daripada seorang ustaz yang turut berada di lokasi untuk ‘membuang’ perkara mistik yang mengikutnya.

“Dalam tempoh berkenaan dua kali juga saya masuk wad dan membuatkan saya bertanya ustaz itu. Menurutnya, saya sepatutnya membersihkan diri terlebih dahulu sebelum pulang ke ibu kota. 

“Biasalah kita ke tempat yang ‘keras’, jadi saya seharusnya lebih berhati-hati pada masa akan datang kerana saya juga mempunyai anak-anak kecil. Mujur juga tidak terkena kepada mereka,” katanya. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  3  =