• Thursday, 17 June 2021, 1:31 pm

Dua lelaki tak sempat lari, dicekup PGA semasa punggah rokok seludup

 Dua lelaki tak sempat lari, dicekup PGA semasa punggah rokok seludup

Dua lelaki ditahan PGA semasa sedang memunggah rokok seludup di tempat letak kenderaan belakang Bestari Walk, Nusa Bestari, Iskandar Puteri, hari in

ISKANDAR PUTERI, 11 Jun – Dua lelaki yang sedang memunggah rokok seludup ke dalam kenderaan tidak sempat melarikan diri apabila diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam di tempat letak kereta di belakang Bestari Walk, Nusa Bestari di sini semalam.

Dalam serbuan jam 10 pagi itu, kedua-dua suspek sedang sibuk memunggah kotak-kotak rokok seludup dari sebuah kereta ke tempat letak barang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, dua lelaki tersebut yang berumur 32 dan 44 tahun berjaya ditahan.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek merupakan rakan kongsi dan bertindak sebagai pengedar rokok seludup.

“Hasil pemeriksaan, kita menemukan 225 karton rokok jenama DC De Classic yang tidak mempunyai cukai kastam.

“Rokok tersebut dipercayai datang dari Indonesia dan kegiatan ini telah beroperasi selama enam bulan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut dirampas MPV jenis Cherry Easter dan sebuah kereta Proton Persona dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan RM79,734.

Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Nurman Nasyriq

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *