Dua lelaki dicekup kerana cubaan seludup kambing Thailand

 Dua lelaki dicekup kerana cubaan seludup kambing Thailand

PASIR MAS: Sebanyak 85 ekor biri-biri dan lapan ekor kambing seludup tidak berjaya dilakukan oleh dua individu apabila mereka dicekup di tepi jalan Taman Tengku Anis, Lubok Jong di sini semalam.

Difahamkan, kejadian tersebut telah mengakibatkan dua indivdu lelaki berkenaan tidak sempat mengaut keuntungan jualan seperti dirancangkan.

Lelaki berusia 24 dan 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.55 tengah malam semasa mengangkut kesemua haiwan ternakan dengan menggunakan sebuah lori.

Gambar sekadar hiasan

Memetik sumber Kosmo, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, anggota polis melakukan rondaan di jalan Repek-Lubok Jong di sini sebelum melihat sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis yang bertugas telah mengekori sebelum berjaya menahan lori tersebut di tepi jalan Taman Tengku Anis untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan di bahagian belakang lori itu telah menemui sebanyak 85 ekor biri-biri dan lapan ekor kambing yang dianggarkan bernilai RM63,000.

“Pemandu lori itu gagal mengemukakan sebarang dokumen permit yang berkait dengan pemindahan haiwan ternakan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan penyeludupan biri-biri dan kambing dari Thailand.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  2  =