• Thursday, 17 June 2021, 12:58 pm

Dua kluster baharu di Sarawak akibat ziarah raya – JPBN

 Dua kluster baharu di Sarawak akibat ziarah raya – JPBN

KUCHING, 23 Mei — Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat kluster baharu hari ini yang menyaksikan dua daripadanya adalah akibat pergerakan semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kedua-dua kluster akibat ziarah raya itu dilaporkan di daerah Kuching manakala baki dua lagi melibatkan komuniti rumah panjang, masing-masing di Kanowit dan Pakan.

Dalam kes Kluster Taman Sourabaya Indah di Kuching, seramai 34 orang daripada lima keluarga terdekat berkumpul di rumah kes indeks untuk sambutan Aidilfitri pada 13 Mei lepas.

Menurut JPBN, sembilan kes telah dikesan positif COVID-19 manakala 22 didapati negatif dan tiga masih menunggu keputusan makmal.

Kluster Jalan Jambatan Gantung, Kuching pula dikesan apabila kes indeks yang menetap di Jalan Jambatan Gantung telah melakukan kunjungan semasa sambutan Aidilfitri ke beberapa rumah di sekitar bandar raya ini.

‚ÄúHasil saringan ke atas kontak rapat kepada kes ini termasuk ahli keluarga dan rumah yang telah dikunjungi, sebanyak sembilan kes telah dikesan positif COVID-19, 15 kes didapati negatif dan satu kes masih menunggu keputusan makmal,‚ÄĚ menurut JPBN menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, Kluster Sungai Majau di Kanowit dikesan melibatkan komuniti sebuah rumah panjang di Nanga Setapang, Sungai Majau dengan 51 individu telah disaring dan 26 kes dikesan positif COVID-19 manakala 24 didapati negatif dan satu masih menunggu keputusan makmal.

Kluster Bukit Temedak, Pakan juga berpunca daripada komuniti sebuah rumah panjang di Merampu, Bukit Temedak dengan sejumlah 88 individu telah disaring yang menyaksikan 30 kes dikesan positif COVID-19, 48 didapati negatif dan 10 masih menunggu keputusan makmal.

JPBN turut bersetuju memperketat prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak selepas melihat kes positif yang masih tinggi serta penilaian risiko yang dibentangkan Kementerian Kesihatan (KKM).

‚ÄúPenguatkuasaan pindaan SOP PKPB tersebut akan bermula 25 Mei hingga 7 Jun. Maklumat pindaan berhubung SOP itu akan dipaparkan di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara mulai esok,‚ÄĚ menurut JPBN.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak mencecah 42,283 dengan 663 kes baharu dicatatkan hari ini dengan tiga kematian sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat jangkitan itu kini 252 orang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *