Dua gajah ditangkap di Kem Iskandar

 Dua gajah ditangkap di Kem Iskandar

Oleh Nurman Nasiriq

 

MERSING, 21 April – Sepasang gajah liar dipercayai tersesat di Kem Iskandar di sini, ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor semalam.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, gajah jantan dan betina itu dipercayai tersesat dan ditangkap dalam dua waktu berasingan.

“Gajah betina ditangkap pada jam 3.15 petang, manakala gajah jantan kira-kira 30 minit kemudian.

“Tindakan itu dilakukan selepas menerima aduan orang awam yang bimbang gajah tersesat ke kawasan Istana Flinstone berhampiran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi itu diadakan susulan aduan orang awam yang diterima pada sebelah pagi melaporkan mengenai sekumpulan gajah anggaran lima hingga 12 ekor berada dalam kawasan hutan belukar berdekatan kuarters kakitangan Kem Iskandar.

Beliau berkata, dikhuatiri kumpulan gajah itu tersesat ke kawasan istana tersebut yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tersebut jika tiada tindakan diambil.

Menurut beliau, pihaknya memaklumkan gajah tersebut telah berada dalam kawasan kem sejak seminggu lalu.

Tambah beliau, semakan pihak Perhilitan pada pagi tadi mendapati kumpulan gajah itu sudah bergerak masuk ke Hutan Simpan Jemaluang.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

72  −    =  66