Dua ekor singa terlepas di lapangan terbang?

 Dua ekor singa terlepas di lapangan terbang?

SINGAPURA: Tergempar apabila terdapat dua ekor singa yang sedang di bawa ke luar negara terlepas dari kurungan di Lapangan Terbang Changi.

Difahamkan salah seekor daripadanya dilihat berada atas sangkarnya dan keadaan bertukar panik  sehingga dua singa berkenaan terpaksa ditembak dengan ubat tidur dan kini sedang pulih di bawah jagaan Mandai Wildlife Group (Mandai).

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang menguruskan penghantaran singa itu menghubungi pasukan jagaan veterinar dan karnivor itu bagi membantu.

Lapangan Terbang Changi Singapura

Tidak dapat dipastikan dari negara mana singa itu datang dan ke mana destinasinya, namun difahamkan terdapat tujuh singa yang ingin dihantar menggunakan pesawat sama.

Memetik sumber The Straits Times, SIA berkata singa itu masih berada dalam lingkungan jaringan keselamatan yang dipasang keliling kontena sepanjang masa walaupun terlepas dan tiada gangguan pada operasi pesawat.

“Sedang perkara ini disiasat, keutamaan serta-merta adalah keselamatan singa itu sendiri

“SIA bekerjasama dengan Mandai, yang mengusahakan satu-satunya kemudahan hidupan liar di Singapura dan memiliki kelengkapan untuk menjaga karnivor besar seperti ini,” katanya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

83  −  78  =