Dua duda jahanam

 Dua duda jahanam

TANGKAK – Dua beradik berstatus duda jadi “pembunuh masyarakat” apabila ditahan kerana mengedarkan heroin dan syabu seberat 4.73 kilogram (kg) bernilai RM138,607.

Mereka dicekup dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Sungai Mati, Sabtu lalu.

Mohd. Fadhil Minhat (tengah) menunjukkan sebahagian rampasan dadah bernilai RM138,607 di IPD Tangkak, hari ini

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, dua beradik lelaki berusia 40 dan 42 tahun itu ditahan dalam serbuan antara jam 2.30 hingga 3.25 petang.

“Kedua-duanya menjadikan rumah yang didiami sebagai stor penyimpanan dan pembungkusan dadah.

“Kesemua dadah yang dirampas dipercayai diedar untuk pasaran tempatan,” katanya di sini semalam.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas kereta jenis Honda Accord dan Honda City milik suspek.

Mohd. Fadhil berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki tempatan itu mempunyai rekod lampau dadah. Hasil saringan ujian air kencing turut mendapati suspek berusia 42 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

Kedua-dua suspek itu direman tujuh hari bermula Ahad lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *