Dua dos Pfizer, AZ berkesan terhadap varian Delta

 Dua dos Pfizer, AZ berkesan terhadap varian Delta

LONDON, 22 Jul — Dua dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer atau AstraZeneca hampir sama berkesan terhadap varian Delta yang sangat mudah menjangkiti.

Vaksin berkenaan dilaporkan sangat berkesan terhadap varian Delta yang dominan di seluruh dunia walaupun kajian menegaskan bahawa satu suntikan vaksin tidak cukup untuk memberikan perlindungan maksimum.

Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine itu sekali gus mengesahkan penemuan utama oleh Kesihatan Awam England (PHE) pada Mei mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan Oxford-AstraZeneca.

Kajian mendapati keberkesanan dua dos vaksin Pfizer mencecah 88 peratus bagi jangkitan bergejala daripada varian Delta, berbanding 93.7 peratus terhadap varian Alpha, sama seperti dilaporkan sebelumnya.

Dua dos vaksin AstraZeneca pula berkesan sebanyak 67 peratus terhadap varian Delta, meningkat berbanding laporan sebelum ini, manakala 74.5 peratus berkesan terhadap varian Alpha, juga meningkat berbanding jangkaan keberkesanan 66 peratus.

“Hanya perbezaan sederhana dalam keberkesanan vaksin yang dicatat dengan varian Delta dibandingkan dengan varian Alpha selepas penerimaan dua dos vaksin,” menurut catatan penyelidik PHE dalam kajian itu.

PHE sebelum ini mengatakan dos pertama daripada salah satu vaksin adalah sekitar 33 peratus berkesan terhadap jangkitan bergejala varian Delta.

Kajian penuh diterbitkan semalam mendapati satu dos suntikan Pfizer adalah 36 peratus berkesan, manakala 30 peratus berkesan bagi satu dos vaksin AstraZeneca.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *