Dr Yadzil dilantik Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Mas Ermieyati Timbalan

 Dr Yadzil dilantik Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Mas Ermieyati Timbalan

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan watikah pelantikan kepada Dr Mohd Yadzil selaku Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka dan Datuk Wira Mas Ermieyati selaku Timbalan Ketua Badan Pinpinan Negeri Melaka di Pejabat Perikatan Nasional di Publika hari ini.

MELAKA, 14 Dis — Dr Mohd Yadzil Yaakub dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka yang baharu manakala Datuk Wira Mas Ermieyati dilantik sebagai Timbalan Ketua Badan Pimpinan bagi negeri tersebut berkuasa hari ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan watikah perlantikan kepada mereka di Pejabat Perikatan Nasional di Publika hari ini.

Dr Yadzil menggantikan penyandang jawatan sebelum ini Datuk Wira Rafiq Naizamohideen yang meletak jawatan pada 25 November lalu berkuatkuasa serta merta bagi memberi peluang kepada kepemimpinan baharu mengetuai BERSATU Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dr Yadzil, 43, kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban selepas meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka memperoleh 4,211 undian menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Koh Chin Han yang memperoleh 3,883 undian. Manakala calon lain, Tey Kok Kiew (3,095) manakala Ng Choong Koon (Bebas) dan Azmi Kamis (bebas), masing-masing hilang deposit.

Dr Yadzil merupakan seorang doktor perubatan lulusan Ijazah Perubatan Universiti Udayana, Bali Indonesia sebelum ini merupakan Naib Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Melaka.

Beliau juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional pada PRN Melaka baru-baru ini.

Dr Yadzil turut mempunyai pengalaman sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Inovasi dan Pendigitalan SME Corp Malaysia.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

85  +    =  93