DPUKM wujudkan platform atas talian untuk IKS

 DPUKM wujudkan platform atas talian untuk IKS

KUALA LUMPUR : Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) mewujudkan platform atas talian sempena Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 bagi mempromosikan produk usahawan kecil dan sederhana (IKS).

Platform itu adalah aplikasi dan laman sesawang secara atas talian bagi membolehkan jualan secara terus kepada pelanggan.

DPUKM mempunyai matlamat jelas mewujudkan kesedaran bagi menarik minat lebih ramai orang untuk qmenceburi bidang keusahawan khususnya.

Presiden DPUKM, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor berkata, HUN 2022 bakal berlangsung selama lima hari dari 24 hingga 28 Mac di WTCKL buat julung kalinya dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya berharap HUN 2022 akan ditakwimkan sebagai acara tahunan di Malaysia kerana belum wujud lagi hari bagi meraikan usahawan seperti Hari Usahawan Malaysia.

“Malah, HUN 2022 turut diadakan bagi merancakkan kembali ekonomi negara dengan mewujudkan peluang lebih luas selepas ramai terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Buat masa ini, hanya 80 hingga 90 peratus perniagaan dalam Malaysia berada di bawah IKS dan hanya 20 peratus golongan usahawan korporat kita berjaya mengeksport produk ke luar negara,” katanya pada majlis pelancaran HUN 2022.

Majlis pelancaran dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Isnin.

Tambah beliau, seramai 5,000 hingga 10,000 pengunjung dijangka hadir mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

43  +    =  44