• Sunday, 20 June 2021, 11:53 am

DPMM gesa moratorium automatik selamatkan rakyat

 DPMM gesa moratorium automatik selamatkan rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa pihak kerajaan memberikan Moratorium Automatik kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan B40, M40 dan T20.

Menurut jurucakap DPMM melalui sebuah kenyataan, moratorium ini perlu diberi kepada mereka yang tidak mendapat pendapatan tetap untuk sepanjang tempoh sehingga Program Vaksin Kebangsaan berjaya mencapai 80 peratus atau 27 juta orang. Tempoh yang dijangkakan sehingga hujung tahun ini.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sehingga kini, pelbagai golongan rakyat amnya dan usahawan khasnya yang terjejas dan terkesan secara langsung dek kerana pelbagai sekatan dan SOP yang dikenakan.

“Kami memahami bahawa perkara yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk membentung daripada penyebaran pandemik Covid19. Namun, dalam keadaan kes yang kian meningkat, kami sangat memohon untuk diberikan moratorium terus kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Tambah DPMM, berdasarkan hasil kaji selidik yang dibuat, PEMERKASA PLUS yang diumumkan kerajaan pada 31 Mei lalu perlu ditambah baik selain memberikan Moratorium Pinjaman Automatik ke atas semua jenis pinjaman khususnya yang melibatkan perbankan, peminjam berlesen, syarikat kredit termasuk kad kredit.

DPMM juga melancarkan kempen dalam talian berkenaan ini dengan tanda pagar #SelamatkanRakyatBukanBank dan setakat ini telah seramai 5,500 orang telah menandatangani petisyen tersebut.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *