• Monday, 21 June 2021, 3:41 am

Dominasi Lebron James berakhir

 Dominasi Lebron James berakhir

LOS ANGELES, 4 Jun — Dominasi bintang bola keranjang, Lebron James, berakhir apabila pasukannya dan juara bertahan liga NBA, Los Angeles tumpas di gelanggang sendiri kepada Pheonix Suns 100 – 113 pada pusingan pertama perlawanan play-off di Stadium Staples Center, di sini, hari ini.

Dalam siri ke-6 dari ‘best-of-seven’ itu, Suns yang dibintangi Chris Paul dan Devin Booker menang 4-2, di mana kedua-duanya memainkan peranan penting dalam kemenangan sebelum ini selain mengambil kesempatan kecederaan yang dialami salah seorang pemain bintang Lakers, Anthony Davis.

Devin Booker (kiri) dan Chris Paul instrumen penting kepada Pheonix Suns musim ini. Kredit foto Bleacher Report

Kecederaan itu memusnahkan hasrat Lakers dan James untuk mengekalkan gelaran juara sekali gus memberikan peluang kepada orang lain untuk merasainya. Selain itu, kekalahan berkenaan turut merupakan kekalahan pertama James di pusingan pertama play-off.

James telah mendominasi liga NBA apabila mara ke saingan final sebanyak sembilan kali dalam 11 tahun, dimana beliau muncul juara sebanyak empat kali.

Suns akan bertemu Denver Nuggets yang dibintangi calon pemain terbaik musim ini, Nikola Jokic, dalam pusingan kedua play-off.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *