Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Dollah ucap selamat tinggal Sri Pahang FC

KUANTAN, 4 Disember 2021 – Jodoh jurulatih Dollah Salleh dengan skuad Sri Pahang FC musim depan berakhir selepas kontraknya dikatakan tidak di sambung.
Ini berikutan prestasi hambar dilakar pasukan Tok Gajah pada saingan Liga Super apabila hanya mampu berada di tangga ke-10 sementara beraksi diperingkat kumpulan Piala Malaysia.
Menurut sumber, untuk mengharungi musim 2022, Sri Pahang FC kini dikatakan sedang berusaha mendapatkan seorang jurulatih baharu bagi mengendalikan pasukan Tok Gajah yang dilihat layu musim ini.

Katanya, nama bekas pemain kebangsaan (Dollah) kini tidak berada dalam perancangan persiapan pasukan Sri Pahang FC musim depan yang dijangka lebih mencabar.
“Apa yang pasti jurulatih baharu akan diberi tanggungjawab membimbing skuad Sri Pahang musim depan.
“Namun, segalanya masih lagi belum muktamad sama ada menyandarkan khidmat jurulatih tempatan atau import,” kata sumber itu.
Prestasi buruk Tok Gajah musim ini bukan 100 peratus digalas bekas jurulatih kebangsaan itu, sebaliknya disebabkan beberaoa faktor antaranya keterbatasan menyediakan barisan pemain yang terbaik diperlukan.