Doakan saya terus istiqomah dan sabar – Ebby Yus

 Doakan saya terus istiqomah dan sabar – Ebby Yus

PETALING JAYA : “Saya anggap apa yang berlaku ini adalah takdir. Tidak perlu hendak tuding jari pada sesiapa. Kalau sudah hendak terkena, rumah atas bukit pun boleh dilanda banjir.

“Saya cuba untuk tidak mengalirkan air mata namun sebak melihat dugaan orang lain. Saya sudah biasa diuji, sebelum ini saya diuji dengan sakit sehingga dua tahun. Namun, saya bersyukur kerana Allah SWT masih memberikan saya nafas.

“Doakan agar saya istiqomah terus kuat dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah SWT. Semua ada impian, semua ada keinginan. Namun adakah kita fikirkan yang setiap kesakitan dan dugaan itu juga datang dari Allah SWT.

“Kenapa kita harus hendak menerima benda yang baik-baik saja? Sesungguhnya di setiap kesakitan itu, ada nikmat yang begitu indah menanti kita. Apa yang berlaku mengingatkan saya, semua ini hanyalah sementara dan pinjaman daripada Allah SWT”.

Begitulah perkongsian pelawak dan pelakon, Ebby Yus yang mengambil sudut positif apabila dilanda musibah apabila mahligai dibina hasil titik peluh lebih tiga dekad dalam dunia seni, musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras pada Sabtu lalu.

Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dilaporkan dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby kerugian hampir RM200,000.

Bersikap terbuka menelan apa sahaja kecaman dilemparkan, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, memaafkan mereka yang melemparkan tuduhan negatif terhadap dirinya. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  2