• Friday, 18 June 2021, 2:22 am

Dikompaun RM40,000 sambut hari jadi

 Dikompaun RM40,000 sambut hari jadi

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 4 Jun — Kegembiraan lima lelaki tempatan dan empat wanita warga asing yang mengadakan majlis hari jadi dalam satu premis di Jalan Stulang, di sini malam tadi terbantut apabila diserbu polis.

Serbuan pada jam 11.59 malam itu diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Superintenden Lim Jit Huey dan sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) JBS.

IPD JBS dalam Facebook rasminya memaklumkan, sembilan individu yang ditahan itu berusia antara 30 hingga 46 tahun.

“Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan berkumpul dan menjalankan aktiviti yang tidak mengamalkan penjarakan sosial.

“Lima lelaki tempatan itu masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM4,000, manakala empat wanita warga asing ditahan reman kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan dalam majlis berkenaan, antaranya dua pembesar suara, dua lampu berwarna warni, serangkai kunci dan satu kad akses.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam sebatan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *