Dikompaun RM20,000 kerana beraya

 Dikompaun RM20,000 kerana beraya

Foto: Sinar Harian

Oleh Nurman Nasyriq

KLUANG, 17 Mei – Gara-gara degil tidak mematuhi arahan untuk tidak beraya, empat lelaki dikenakan kompaun selepas didapati berkumpul dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Taman Sri Lambak, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mereka yang berusia antara 21 hingga 25 tahun itu didenda dalam satu operasi jam 4.30 petang di balkoni sebuah rumah di taman tersebut.

“Anggota IPD Kluang dan petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kluang menjalankan operasi bersepadu dan mengesan empat lelaki berkenaan sedang berkumpul di rumah itu.

“Hasil siasatan mendapati tiga daripada lelaki tersebut datang ziarah ke rumah seorang penghuni di situ sempena Hari Raya Aidilfitri, aktiviti yang tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mereka dikenakan kompaun RM20,000, iaitu RM5,000 seorang kerana melanggar SOP atas kesalahan mengikut Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langlah Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2021.

Beliau menyeru orang ramai agar mematuhi arahan MKN bagi mengekang pandemik COVID-19.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya balai polis berhampiran atau menghuhungi IPD Kluang melalui talian 07-7784222; hotline 07-776682; direct line 07-7784256 dan tablet DCC 014-3656822.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

33  +    =  37