Diculik, dipukul sebelum dilepaskan di tepi jalan

 Diculik, dipukul sebelum dilepaskan di tepi jalan

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 13 Jun – Seorang lelaki dilarikan dengan sebuah kereta dan dipukul lima lelaki sebelum dilepaskan di Taman Mount Austin, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an dibebaskan kira-kira sejam kemudian selepas dilarikan menggunakan kereta Proton Persona.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, lelaki tersebut ditinggalkan di tepi jalan kawasan Mount Austin.

“Hasil siasatan mendapati ada penglibatan seorang wanita dalam kejadian ini. Bertindak atas maklumat polis berjaya menahan wanita terbabit yang berusia 21 tahun, Jumaat lalu.

“Motif sebenar suspek melarikan mangsa masih dalam siasatan, namun setakat ini tidak melibatkan kegiatan ah long,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  17  =  24