Dia bersolat guna kerusi kerana masalah lutut…. – Dynas Mokhtar

 Dia bersolat guna kerusi kerana masalah lutut…. – Dynas Mokhtar


PETALING JAYA : Pelakon tinggi lampai Dynas Mokhtar yakin untuk menjadi rakan kongsi produk Black G setelah mencuba sendiri dan membantu rakan-rakan terdekat yang mengalami masalah kesihatan. 

Kongsi Dynas, dia sendiri terkejut dengan perubahan positif kesihatan rakannya itu sekali gus memberikan keyakinan utuh bahawa produk yang diusahakan bersama rakan kongsinya, Mohamad Mughniy Mohamad betul-betul berkesan.

“Kami berlakon sama-sama dan saya perasan dia terpaksa solat guna kerusi disebabkan masalah pada lututnya akibat terjatuh. Umur masih muda dan sudah enam bulan menjalani rawatan.

“Kemudian saya berikan dia cuba Black G Plus Liquid dan Alhamdulillah dengan izin Allah dia semakin pulih selepas dua minggu. Sampaikan dia tawarkan diri mahu menjadi agen dan memberikan produk ini kepada keluarganya.

Dynas berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Black G dan kolaborasi bersama platform Shopee baru-baru ini.

Sebagai informasi, produk Black G terpilih mewakili Malaysia untuk produk herba yang akan dipamerkan di Ekspo Dubai 2021/2022 atas kualiti dan manfaatnya.

Malah, produk itu disokong oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dan dijangka dipasarkan di negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat.

Selain itu produk tersebut juga boleh didapati menerusi Shopee bermula 21 November ini.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *