Dewan Rakyat luluskan Bajet 2022

 Dewan Rakyat luluskan Bajet 2022

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Dewan Rakyat pada Isnin telah meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan (Anggaran) 2022 di peringkat jawatankuasa dengan undi suara majoriti.

Rang undang-undang itu yang merupakan bajet pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diluluskan selepas dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama 13 hari bermula 22 November lalu.

Bajet itu dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 29 Oktober dengan peruntukan tertinggi sebanyak RM332.1 bilion bagi melaksanakan pelbagai strategi dan inisiatif memakmurkan rakyat serta merangsang ekonomi yang progresif dan mampan selepas Covid-19.

Ia telah diluluskan pada peringkat dasar pada 18 November.

Mengikut kalendar Parlimen, mesyuarat Dewan Rakyat akan diteruskan esok dengan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021, yang bertujuan antara lain meminda Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan Fasal 2 untuk menyebut negeri-negeri  federation comprises: the states of Malaya namely Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor and Terengganu;  dan negeri-negeri Borneo, Sabah dan Sarawak.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

35  −    =  29