Deretan kereta depan rumah Najib Razak cetus persoalan selepas kata dirinya sedang kuarantin

 Deretan kereta depan rumah Najib Razak cetus persoalan selepas kata dirinya sedang kuarantin

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Prosiding permohonan Mahkamah Rayuan berhubung kes rasuah SRC International Sdn Bhd (SRC) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin terpaksa diteruskan secara dalam talian selepas peguam bekas Perdana Menteri itu memaklumkan salah seorang peguam dalam pasukan guaman Najib positif dijangkiti COVID-19.

Najib juga tidak hadir ke mahkamah dengan memberi alasan menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin.

Terdahulu pada malam Selasa, menerusi perkongsian Najib di laman Facebook mengatakan beliau tidak dapat bersama tetamu lain dan terpaksa mengadakan majlis bacaan yassin tersebut secara dalam talian.

Namun menerusi portal Info Rakyat, terdapat dakwaan yang mempersoal jumlah deretan kereta yang berada di hadapan rumah bekas Perdana Menteri ke-6 itu.

“Tular dalam media sosial beberapa gambar berserta video selepas hantaran yang dikongsi Najib terdapat deretan kereta di depan kediamannya sehingga ke bahu jalan malam ini.

“Sekurang-kurangnya 20 biji kenderaan dilihat berada di depan rumah Najib, terdapat juga kelibat beberapa orang memasuki kediamannya menerusi video yang tular tersebut.

“Jika Najib sedang menjalani kuarantin kendiri, bagaimana pula boleh orang ramai berkumpul di kediamannya malam ini walhal ia tidak sepatutnya berlaku,” memetik laporan portal itu hari ini.

Mahkamah Rayuan hari ini akan memutuskan sama ada untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak atau mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Prosiding hari ini dilaksanakan melalui zoom yang menyaksikan hakim dan pasukan pendakwaan berada di Mahkamah Rayuan manakala Najib dan pasukan peguamnya berada di lokasi lain berikutan pendedahan bahawa bekas Perdana Menteri itu serta peguam bela menjadi kontak rapat dengan individu positif COVID-19.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

23  −    =  18