Denmark belasah Wales, Itali kekal momentum

 Denmark belasah Wales, Itali kekal momentum

Foto AP

AMSTERDAM, 27 Jun — Denmark belasah Wales 4-0 untuk menjadi pasukan pertama yang mara ke suku akhir Euro 2020.

Skuad bimbingan Kasper Hjulmand mengambil kesempatan penuh terhadap permainan Wales yang dilihat longlai selepas bolos dua gol pada awal babak permainan hasil dua jaringan awal Kasper Dolberg pada minit ke-27 dan ke-48.

Pada hujung babak kedua, Denmark mengukuhkan status menang dengan menambah gol hasil rembatan kaki kiri pemain pertahanannya Joakim Maehle pada minit ke-88.

Bagi menambah kesengsaraan Wales, pemain tengahnya Harry Wilson dilayang kad merah pada minit ke-90 selepas menerjah keras Joakim Maehle. Kekurangan satu pemain itu diambil kesempatan oleh Denmark apabila Martin Braithwaite menjaringkan gol ke-4 Denmark pada minit ke-94.

Sementara itu, Itali harus bekerja keras untuk mengalahkan Austria 2-1 di Stadium Wembley apabila terpaksa bermain sehingga masa tambahan.

Jaringan Federico Chiesa dan Matteo Pessina  pada minit ke-95 dan ke-105 berjaya membawa Itali ke suku akhir Euro 2020.

Dibarisi beberapa pemain muda serta dipimpin oleh pemain pertahanan veteran Giorgio Chiellini, Itali dilihat sebagai antara pasukan terkuat serta antara pilihan pakar bola untuk mara ke semi-final.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7  +  3  =