#WAAW: Demi kurus, Sherry Alhadad tahan ambil gula

 #WAAW: Demi kurus, Sherry Alhadad tahan ambil gula
Oleh Farhana Ab Rahman
PETALING JAYA : Bertekad mengamalkan gaya hidup sihat dan mengawal berat badan menjelang usia 40 tahun, Sherry Alhadad kini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Penampilan Sherry yang lebih bergaya dan bentuk tubuh yang tampak menyusut juga turut menarik perhatian ramai. Malah, ramai yang meminta tips kerana menjadikan Sherry sebagai inspirasi untuk menurunkan berat badan.

Mengamalkan produk ‘meal replacement’ Slimmewhite sejak tiga bulan lalu, pelakon dan pelawak itu menjelaskan, dia bukan mahu kurus sebaliknya mengekalkan stamina dan hidup sihat.

“Slimmewhite bukan saja membantu untuk mengurangkan rasa lapar sebaliknya turut menjadikan kulit lebih cantik dan cerah. Jadi, pada bulan puasa ini, saya makan ketika waktu berbuka sebagai makanan gantian.

“Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan 10 kilogram namun saya juga turut pergi ke gimnasium dan mencuri masa untuk berjoging.

“Hendak menurunkan berat badan bukan perkara yang mudah, hasilnya juga tidak sama kerana saya mengambil masa selama tiga bulan.Masih mengambil nasi, cuma kuantitinya tidak sama seperti dulu. Kini saya melebihkan lauk pauk dan tidak mengambil gula,” kata Sherry.

Sherry berkata, biarpun dirinya berbadan besar, namun dia cukup aktif dan suka melakukan perkara baharu.

Pernah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram beberapa tahun lalu, Sherry kemudiannya gagal meneruskan rutin sihat itu dan beratnya bertambah dua kali ganda.

“Saya masih Sherry yang sama ketika berat 125 kilogram dulu, tahap keyakinan pun sama saja seperti dulu. Cuma aspek kesihatan memainkan peranan yang mana kurang mengah dan tidak cepat penat seperti sebelum ini.

“Bakal menjengah kepada usia 40 tahun, saya menyedari hakikat tahap metabolism juga tidak seperti dulu. Sebelum ini saya pernah berjaya menurunkan sehingga 10 kilogram, kemudian naik kembali 15 kilogram pula.

“Oleh itu, saya perlu menguatkan mental dan fizikal bagi memastikan ia tidak berulang lagi. Dalam masa yang sama, saya dapat memberikan inspirasi kepada mereka di luar sana untuk menjadi lebih baik,” kata Sherry

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

71  −  65  =