Debat Isu Kabotaj: Mana logiknya tuntutan bilion yang hilang?

 Debat Isu Kabotaj: Mana logiknya tuntutan bilion yang hilang?

PETALING JAYA, 3 Nov — Perdebatan mengenai dasar kabotaj negara telah berlangsung di studio TV3 di Sri Pentas semalam, dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menekankan bahawa tiada pelaburan digital yang hilang akibat penyusunan semula dasar itu.

Dr Wee berhadapan dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan semasa perdebatan itu berlaku, beliau memainkan video beliau bercakap dengan Naib Presiden Jepun NTT Ltd, Yoshio Sato.

NTT Ltd adalah syarikat Jepun yang terlibat dalam projek Kabel Apricot dan projek MIST (Malaysia, India, Singapura, Thailand), yang merupakan sistem kabel bawah laut yang dijangka siap pada suku keempat 2022.

NTT Ltd juga mengesahkan Malaysia akan menjadi sebahagian daripada konfigurasi rangkaian yang baru dirancang membabitkan projek kabel ekspres Intra-Asia, yang akan menyaksikan Malaysia mengambil bahagian dalam kabel bawah laut yang menghubungkan Jepun dan Filipina, menurut Dr Wee.

Dr Wee berkata adalah tidak berasas bagi pembangkang untuk mendakwa bahawa RM12bil hingga RM15bil telah hilang akibat penyusunan semula dasar untuk kerja-kerja pembaikan kabel di dasar laut.

“Tidak ada isu besar (mengenai dasar kabotaj Malaysia), kami mempunyai undang-undang yang sama di Jepun dan Indonesia,” kata Sato.

Dr Wee kemudian berkata, “Jadi di mana logiknya tuntutan RM12 hingga RM15bil hilang.”

Debat juga menjadi hangat apabila Guan Eng dilihat cuba menghindar untuk menjawab isu terowong yg dibangkitkan Wee Ka Siong.

Pada 30 September lalu, berlaku ketegangan antara mereka di Parlimen selepas Lim bertanya Dr Wee sama ada penyusunan semula dasar kabotaj untuk kerja pembaikan kabel dasar laut telah menyebabkan syarikat gergasi teknologi melangkaui Malaysia dalam rancangan untuk memasang kabel bawah laut untuk meningkatkan kesambungan Internet.

Dr Wee kemudian membuat cabaran untuk berdebat, yang mana Lim menerimanya.

Diperkenalkan pada Januari 1980, dasar kabotaj untuk kerja-kerja pembaikan kabel telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan terdahulu pada April 2019, yang mengecualikan kapal yang terlibat dalam kerja pembaikan dan penyelenggaraan kabel kapal selam daripada perlu memohon lesen perkapalan domestik.

Pada November 2020, Dr Wee Ka Siong telah mengembalikan dasar kabotaj ini seterusnya tindakan ini telah diselar oleh beberapa pihak termasuk Lim Guan Eng dengan berpendapat Malaysia telah diketepikan oleh pelabur asing khususnya dalam projek kabel dasar laut.

Debat Isu Kabotaj dibawakan bersama oleh Media Prima dan Astro Awani selaku penyiar rasmi, turut disiarkan di Youtube dan Facebook.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

12  −  2  =