DDNK jadi mangsa scammer

 DDNK jadi mangsa scammer

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Datuk Dr Nazri Khan yang lebih dikenali sebagai DDNK, menjadi mangsa scammer yang melakukan aktiviti penyalahgunaan namanya untuk meraih keuntungan.

Aktiviti penipuan itu dipercayai menggunakan akaun palsu DDNK menerusi laman media sosial seperti Facebook, aplikasi Whatsapp dan laman web tertentu serta panggilan telefon.

DDNK berkata, terdapat aduan daripada orang ramai yang menjadi mangsa penipuan oleh scammer, individu dan agensi tertentu yang menyalahgunakan nama, poster dan video dirinya dan syarikat Vega Hermosa International Sdn Bhd.

“Mereka ini menggunakan tagline saya ‘Tak Hensem Tak Apa, Janji Kaya’ dan petikan kata-kata motivasi saya sebagai modus operasi penipuan mereka hingga menyebabkan mangsa kehilangan ribuan ringgit dan ada yang kehilangan puluhan ribu ringgit.

“Setakat ini pihak saya dan Vega Hermosa sudahpun membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta lebih 20 laporan polis kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK),” katanya pada sidang media khas pada Rabu.

Menurut DDNK, jumlah kerugian dianggarkan antara RM20,000 ke RM100,000 yang dialami setiap mangsa penipuan.

“Dianggarkan lebih 100 entiti yang menggunakan namanya menerusi laman media sosial dan Vega Hermosa mempunyai senarai individu dan agensi tertentu yang menyalahgunakan namanya untuk menipu orang ramai membuat pelaburan

“Sebelum ini SKMM pernah mengambil tindakan menutup laman web syarikat pelaburan berkenaan namun aktiviti penipuan pelaburan menggunakan nama DDNK ini akan kembali dengan menggunakan laman web atau akaun Facebook yang baharu sehingga,” katanya.

Katanya, aktiviti scammer ini semakin menjadi-jadi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Fasa ke-3 mula dilaksanakan awal tahun ini.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  5  =  13