DBKL bertindak pantas – MIC Bukit Bintang

 DBKL bertindak pantas – MIC Bukit Bintang

BUKIT BINTANG : Pengerusi MIC Bukit Bintang, Ir Thangaveloo memuji tindakan pantas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) yang memberi bantuan awal kepada mangsa banjir bukan sahaja di Wilayah Persekutuan malah di luar wilayah yang terjejas.

Beliau berkata, rakyat boleh lihat awal pagi lagi DBKL sudah memulakan tugas mereka membersihkan kawasan agar memudahkan pergerakkan dan urusan penduduk setempat.

“Kita boleh lihat banyak tempat sudah bersih, jalan sudah boleh dilalui, urusan angkut sampah juga dilakukan awal bagi meringankan beban mangsa.

“MIC Bukit Bintang turut membantu UMNO dan KWP melawat tempat terjejas mengagihkan makanan dan barang keperluan yang lain,” katanya yang hadir pada majlis pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 50 keluarga mangsa terawal yang terkesan banjir baru-baru ini.

BWI berjumlah RM1,000 itu disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada majlis di Lorong Tiong Nam, Chow Kit di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi MCA Bukit Bintang, NG Chin berkata, ramai mangsa banjir meminta bantuan periuk nasi kerana semua barangan elektrik rosak dalam kejadian banjir tempoh hari.

Pengerusi MCA Bukit Bintang Ng Chin

“Kita perlu melihat semula bantuan yang diperlukan seperti periuk nasi, cerek elektrik, generator, water jet, dapur memasak dan lain-lain yang penting.

“Ini kerana bantuan lain seperti beras, bantal sudah mencukupi tetapi bantuan sokongan seperti alat memasak ini pula tiada,” katanya.

Tambah beliau, ramai mangsa di kawasan ini sudah mendaftar untuk mendapat bantuan BWI dan ada juga yang datang untuk mengesahkan nama mereka sudah didaftarkan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada KWP, DBKL, NGO, orang ramaj yang proaktif membantu mangsa banjir sejak awal ditimpa musibah, ini benar-benar semangat Keluarga Malaysia,” katanya.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  2  =  3