DBKK robohkan struktur tambahan tanpa kebenaran 

 DBKK robohkan struktur tambahan tanpa kebenaran 

Kakitangan DBKK meruntuhkan struktur yang menyebabkan laluan di pasar menjadi sempit.

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
KOTA KINABALU, 5 Mac — Orang ramai yang mengunjungi Pasar Besar dan Pasar Ikan Kota Kinabalu menyangka kedua-dua pasar berkenaan dirobohkan, berikutan banyak sisa bahan binaan berlonggok di kaki lima pasar awam itu, selain kedengaran bunyi mesin gergaji.
Kelihatan beberapa pegawai Jabatan Pelesenan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membuat pemeriksaan dan kemudian mengarahkan kakitangannya merobohkan struktur binaan digunakan peniaga untuk meletakkan barangan jualan mereka seperti buahan-buahan, sayur, kuih-muih dan makanan kering.
Jurucakap DBKK ketika dihubungi berkata, kedua-dua pasar awam itu akan beroperasi seperti sediakala mulai hari ini, selepas ditutup dua hari.
Katanya, bahan binaan dirobohkan adalah struktur tambahan yang dibina tanpa kebenaran PBT terbabit seperti termaktub dalam lesen perniagaan lebih 300 peniaga di situ
Beliau berkata, DBKK bertindak mengikut lunas undang-undang bukan saja untuk  keselesaan dan keselamatan pelanggan kedua-dua pasar berkenaan, malah demi kebaikan peniaga.

Kakitangan DBKK meruntuhkan struktur yang menyebabkan laluan di pasar menjadi sempit dan mengganggu pergerakan di pasar berkenaan.
 “Kami zalim merobohkan struktur binaan tambahan tanpa kebenaran DBKK, sebaliknya apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan pengguna yang membeli ke situ. Kita mahukan peniaga dan pengguna selesa dan selamat,” katanya.
Sementara itu, DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan Pasar Besar dan Pasar Ikan ditutup kelmarin dan semalam untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan lebih kemas untuk kebaikan peniaga dan pengunjung.
Penutupan juga untuk kerja pembersihan dan nyahkuman awam di seluruh kawasan pasar berkenaan demi keselamatan dan keselesaan pengguna dan peniaga.
Seorang pengguna, Idris Ahmad, 50, dari Likas, di sini berkata, beliau terkejut melihat bahan binaan berlonggok di depan pasar dan menyangka pasar berkenaan dirobohkan.
Bagaimanapun katanya, penguatkuasa DBKK yang berada di luar pasar memaklumkan kepadanya ia hanya penutupan sementara.
 “Walaupun memandu jauh lebih 20 kilometer dan tidak dapat berbelanja, namun saya akur penutupan sementara pasar itu adalah untuk kerja pembersihan dan merobohkan struktur yang menyebabkan pasar sempit.
“Apa yang penting pasar bersih dan selesa. Terima kasih Datuk Bandar Kota Kinabalu dan pegawainya kerana bertindak bijak melakukan kerja perobohan binaan tanpa kebenaran, pembersihan dan menyahkan kuman,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

33  −  24  =