Datuk enggan masuk campur urusan Daniel, hukuman digantikan kepada khidmat masyarakat

 Datuk enggan masuk campur urusan Daniel, hukuman digantikan kepada khidmat masyarakat

PETALING JAYA : Datuk kepada remaja berusia 19 tahun yang dimandikan seperti jenazah gara-gara cuba mencuri tabung masjid yang viral baru-baru ini, menegaskan tidak mahu mencampuri urusan cucunya lagi.

Gambar sekadar hiasan

Rosli Sidek, 65, memaklumkan tidak diberitahu mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kepada khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan. 

Rosli mengakui kurang senang apabila berita mengenai pendedahan dan tingkah laku cucunya itu dimanipulasi pelbagai pihak.

Hakim Datuk Abd Halim Aman mengenepikan hukuman terhadap Daniel Iskandar Mohd Nasir,19, selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Minggu lalu, media melaporkan seorang remaja yang tular selepas dimandikan seperti jenazah, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang.

Daniel dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  6  =