Dato Seri Vida trauma dengan bekas suami?

 Dato Seri Vida trauma dengan bekas suami?

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik, Dato Seri Vida, meluahkan rasa kebimbangan apabila bekas suaminya Mohd Amin Yasin, 43, telah menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan kedua anaknya Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Menurut Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Dato Seri Dr Hasmiza Othman berkata, bekas suaminya itu ingin menziarahi anaknya itu yang kini berada di Ipoh, Perak bersama ibunya.

Bekas suami Vida, Mohd Amin Yasin, 43

Difahamkan, hak penjagaan anak-anak berpihak sepenuhnya kepada Vida dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak tuntutan hadanah (pengasuhan) yang dibuat oleh bekas suaminya pada tahun lalu.

Lantaran itu, Vida merasa buntu dan was-was untuk membenarkan kedua anaknya itu untuk berjumpa dengan ayahnya, meskipun hanya satu hari.

Ayah Cik B dan Cik Kacak, datang Ipoh malam nak jumpa mereka, tapi mereka belum bersedia, apa patut saya buat,” ujar Vida.

Ekoran daripada itu, dia mendakwa dirinya kini dalam keadaan trauma untuk membuat keputusan mengenai perkara ini kerana dikhuatiri perkara buruk akan terjadi terhadap kedua anaknya itu.

Tolong, seharian tak keluar bilik tengah berfikir, mama sayang anak anak mama,” luahnya.

Menjengah diruangan komen, pengikutnya turut mendoakan agar dia dapat membuat keputusan yang baik serta menyenangkannya.

“Air dicincang tak akan putus. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. In Shaa Allah

Semoga dipermudahkan urusan Dato, serahkan semua urusan dekat Allah Dato, minta pertolongan dariNya,” komen pengikutnya.


.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  2