Dato’ Nash Diumum Peserta Terbaik – Hijrahkan Laguku

 Dato’ Nash Diumum Peserta Terbaik – Hijrahkan Laguku

Dato’ Nash menyanyikan lagu ASLI

Minggu kedua rancangan realiti hiburan Islamik terbitan TV AlHijrah iaitu Hijrahkan Laguku (HL) yang telah membuka tirai kedua pada malam tadi memberi kejutan apabila Faizal Ismail dan Bell Ngasri yang bertindak selaku hos rancangan mengumumkan kesemua lapan peserta mara ke minggu ketiga.

Keputusan ini dilihat bagaikan memahami kehendak penonton yang masih tidak puas melihat kesemua bintang HL berdakwah menerusi lirik dan melodi lagu.

Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna Zulkarnaen Mokhtar berkata tiada penyingkiran bukan tanda selamat. Konsep rancangan ini masih kekal dimana hanya seorang penyanyi bakal bergelar juara HL.

Zulkarnaen Mokhtar Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna TVAH

“Minggu ini adalah minggu bonus kepada para peserta. Peluang tidak harus disia-siakan. Mereka perlu kembali pada minggu hadapan dengan lebih baik.

“Kami menjangkakan gaya penyampaian dakwah serta strategi menghijrahkan lagu dan melodi yang lebih mantap pada minggu seterusnya dengan tema berlainan yang pastinya lebih mencabar.

Episod kedua HL juga dilihat sedikit berbeza apabila pihak produksi menampilkan juri tambahan iaitu Hazamin Inteam.

“Minggu pertama HL dilihat sedikit tegang apabila media sosial kami dipenuhi dengan lambakan komen-komen netizen yang mahukan juri lain yang berpengalaman luas  dalam penggubahan lirik lagu ketuhanan selain Fauzi Marzuki.

“Kami yakini kredibiliti Fauzi Marzuki sebagai juri tetap. Namun kami ambil kira juga pandangan penonton yang mahukan penambahbaikan.

Tiga Juri Fauzi Marzuki, Hazamin Inteam dan Prof Dato’ Dr. Izhar Ariff

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *