Dasar Perhutanan Malaysia tidak hadkan hak negeri – Shamsul

 Dasar Perhutanan Malaysia tidak hadkan hak negeri – Shamsul

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah –fotoBERNAMA (2021)

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Dasar Perhutanan Malaysia tidak mengehadkan hak negeri untuk mengambil tindakan yang berhubungan dengan pengurusan hutan selaras dengan objektif dan peruntukan dasar tersebut.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan dasar itu saling melengkapiĀ dan tidak mengurangkan peruntukan dalam mana-mana dasar lain berkaitan dengan pengurusan hutan yang masih berkuat kuasa.

“Pengurusan hutan di negara ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.

ā€œSetiap negeri mempunyai kuasa untukĀ menguruskan perhutanan di negeri masing-masing,”Ā katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Ruang Bicara terbitan Bernama TVĀ bertajuk ā€˜Komited Kekal Hijau’Ā malam tadi.

Justeru, katanya penetapan strategi dan pelan tindakan di bawah dasar berkenaanĀ merupakan hak mutlak negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Beliau menegaskanĀ Dasar Perhutanan Malaysia tidak sesekali mengambil alih kuasa kerajaan negeriĀ dan ia harusĀ dibaca bersama dengan mana-mana dasar bertulis lain yang berhubungan dengan pengurusan hutan bagi ketiga-tiga wilayah berkenaan.

Dasar Perhutanan Malaysia yang telah dipersetujui semua kerajaan negeri pada mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-78 danĀ telah melalui proses rundingan antaraĀ Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak 2016Ā itu dilancarkan pada 21Ā Mac lalu.

Ditanya mengenai penguatkuasaan dan pemantauan hutan, beliau berkata pihaknya turut berkolaborasi dengan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagiĀ pemantauan kawasan berisiko tinggiĀ hotspotĀ bagi kes-kes pencerobohan hutan.

Katanya, selain pengenalan dasar berkenaan, Kementerian Tenaga dan Sumber AsliĀ juga menekankan pengukuhan penggunaan teknologi dalam pengurusan hutan di Malaysia melalui pendigitalan sumber dan operasi hutan.

ā€œIni termasuk pengembangan aplikasi berteknologi tinggi, pembangunan data dan teknologi geospatial dalam mencegah pencerobohan hutan, (perkara ini) selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0,ā€ katanya.

Mengulas mengenaiĀ Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, Shamsul AnuarĀ berkata lebih empat juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negaraĀ sejak ia dilancarkan pada Januari lepas.

Beliau berkata ia melibatkan 8,770 hektar kawasan dan 455 spesies pokok seperti yang direkodkan melaluiĀ aplikasi mudah alih ā€˜Penghijauan Malaysiaā€™.

“Jumlah ini dijangka akan meningkat denganĀ komitmen kementerianĀ dan kerajaan negeri. Saya yakin kita akan mencapai sasaran sebelum tempohnya,” katanya.

Beliau menyeru rakyat Malaysia untuk memuat naik aplikasi ‘Penghijauan Malaysia’ dan melayari laman webĀ www.100jutapokok.gov.myĀ bagi mendaftar dan melihat perkembangan terkini mengenai kempen tersebut.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

56  −  47  =