Dapatkan dos penggalak bagi penerima vaksin Sinovac – KJ

 Dapatkan dos penggalak bagi penerima vaksin Sinovac  – KJ

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyeru mereka yang layak mendapatkan dos penggalak untuk berbuat demikian, terutamanya mereka yang telah disuntik dengan vaksin Sinovac.

Khairy berkata walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti bahawa keberkesanannya berkurangan lebih awal, ujarnya menerusi ciapan di Twitter.

“Mengapa jarak penggalak yang lebih pendek untuk Sinovac (tiga bulan) berbanding Pfizer atau AstraZeneca (enam bulan)? Walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti keberkesanannya berkurangan lebih awal.

“Ini adalah kategori 4 dan 5 kemasukan mingguan ke Hospital Sungai Buloh. Itulah sebabnya kami mahu anda mengambil apa sahaja penggalak yang ditawarkan,” katanya, diiringi dengan data kemasukan jenis vaksinasi ke Hospital Sungai Buloh.

Pada Minggu 35, 48 orang di kategori 4 dan 5, yang telah menyelesaikan vaksinasi Sinovac mereka, dimasukkan ke hospital.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca untuk digunakan sebagai suntikan dos penggalak.

Perkara itu sedang dibincangkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

45  −    =  38