DAP tidak mahu lihat ekuiti Bumiputera dipertingkatkan – Khairul Anuar

 DAP tidak mahu lihat ekuiti Bumiputera dipertingkatkan – Khairul Anuar

Khairul Anuar Ramli

KUALA LUMPUR 24 Sept — BERSATU Kedah menyifatkan DAP tidak mahu melihat ekuiti Bumiputera dipertingkatkan.

Ini susulan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang disiarkan di Free Malaysia Today bertajuk “Syarat 51% pemilikan Bumiputera ‘tidak berperlembagaan'”, semalam.

Ketua Penerangan BERSATU Kedah Khairul Anuar Ramli berkata sebagai sebuah negara yang terasnya Bumiputera wajib berusaha mempertingkat pemilikan ekuiti di kalangan Bumiputera namun DAP tidak pernah selesa dengan agenda ini.

“Inilah sikap DAP yang kita mesti lawan. Apabila tiba ke agenda Bumiputera, ada sahaja alasan yang diberikan.

“Sebab itulah sebarang usaha membawa DAP kembali ke Putrajaya dalam satu jajaran baru hanya akan menyebabkan usaha pemerkasaan Bumiputera terhalang,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Bagan itu dilapor berkata tidak adil bagi syarikat penghantaran barang yang telah beroperasi sejak bertahun lamanya untuk menjual sebahagian pegangan syarikat mereka bagi mematuhi cadangan peraturan ekuiti bumiputera 51 peratus.

Lim berkata demikian sebagai respon terhadap gesaan Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF) agar kerajaan menjelaskan dasar itu – yang belum diperincikan walaupun ia perlu dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

95  −    =  90