DAP tetap tolak 4 bekas ADUN Melaka wakili PH?

 DAP tetap tolak 4 bekas ADUN Melaka wakili PH?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

PETALING JAYA, 2 Nov — Nasib empat orang bekas ADUN Melaka ibarat bola yang ditendang kerana DAP dengan tegas mengekalkan pendirian menolak mereka sebagai calon mewakili PH dalam PRN Melaka 2021.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, komitmen empat ADUN itu terhadap reformasi politik tulen diragui dan parti itu tidak berpuas hati dengan tindakan PH mempertimbangkan dua daripada empat ADUN terbabit untuk dicalonkan.

Dua daripada empat calon itu adalah daripada UMNO iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan.

Bagaimanapun, Guan Eng memberi bayangan bahawa akhirnya perpaduan pakatan akan berjaya.

“Pada mesyuarat malam tadi, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP secara sebulat suara memutuskan untuk menolak kesemua empat ADUN Melaka yang sebelum ini menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka ketika itu, Sulaiman Md Ali, untuk dicalonkan sebagai calon PH bagi PRN akan datang pada 20 Nov.

“Jelas bahawa DAP hanya berjaya meyakinkan sekutu kami dalam PH untuk menolak hanya dua daripada empat ADUN tersebut sebagai calon PH, manakala dua masih dipertimbangkan,” katanya.

Terdahulu Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkara perkara tersebut masih dibincangkan di kalangan parti komponen Pakatan Harapan namun ianya hampir diputuskan.

“DAP akan konsisten dalam mempertahankan prinsip dan integritinya dengan menggesa PH supaya menjauhkan diri daripada golongan “kleptokrat, oportunis dan penyangak” untuk memelihara ketinggian nilai moralnya.

“Bagaimanapun ini tidak bermakna bahawa keputusan majoriti yang dibuat sebelum ini adalah betul,” katanya lagi.

PRN Melaka diadakan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Oktober lalu ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap pentadbiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  49  =  50