DAP tarik diri MoU

 DAP tarik diri MoU

KOTA KINABALU, 20 Dis — DAP Sabah menarik diri daripada Agenda Reformasi Sabah (SRA).

Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis DAP negeri, dua minggu lalu.

Agenda itu berperanan sebagai memorandum persefahaman (MoU), yang dicadangkan sebelum ini oleh Pakatan Harapan Sabah merangkumi PKR, UPKO dan Amanah. dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah.

“Kami membuat keputusan sebulat suara di mana kami tidak akan menyertai sebarang bentuk kerjasama, agenda reformasi atau MoU dengan kerajaan negeri ketika ini,” katanya.

“Persoalannya sama ada DAP Sabah patut menyertai PH Sabah dalam perbincangan MoU berkenaan. Mesyuarat tidak membincangkan berhubung menandatangani MoU terbabit.”

“Tiada keperluan untuk memeterai persetujuan dengan kerajaan GRS susulan pakatan itu mempunyai cukup majoriti dalam DUN Sabah.

“Jadi, tiada keperluan bagi kita (menandatangani sebarang MoU) atas nama kestabilan politik,” kata Phoong yang juga ADUN Luyang.

“Ia cukup berbeza dengan situasi di peringkat persekutuan di mana Ismail Sabri Yaakob, dinamakan sebagai Perdana Menteri, tiga bulan lalu.”

Phoong berkata, DAP Sabah bukan parti yang memulakan agenda reformasi dengan GRS.

“Laporan media melaporkan bahawa kami yang mendesak perkara itu sebagai tidak benar,” katanya.

Menurutnya lagi, PH Sabah telah dimaklumkan berhubung keputusan mereka.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

54  +    =  60