Dana asing muncul sebagai pembeli bersih minggu lepas

 Dana asing muncul sebagai pembeli bersih minggu lepas

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pelabur asing muncul sebagai pembeli bersih minggu lepas dengan aliran masuk bersih berjumlah RM293.36 juta, minggu pertama pembelian bersih oleh pelabur asing selepas satu minggu menyaksikan aliran keluar sebelumnya, MIDF Research.

Dalam laporan aliran dana mingguan, ia berkata pelabur asing adalah pembeli bersih untuk sebahagian besar minggu lepas kecuali pada hari Isnin dan Selasa dengan aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada hari Rabu sementara aliran keluar terbesar pada hari Isnin, masing-masing berjumlah RM135.62 juta dan -RM83. 94 juta.

Bagi peruncit, mereka merupakan penjual bersih untuk kebanyakan hari urus niaga kecuali pada hari Selasa dan Jumaat dengan penjualan bersih terbesar oleh peruncit dicatatkan pada hari Rabu dan pembelian bersih terbesar adalah pada hari Selasa, masing-masing berjumlah -RM38.71 juta dan RM23. 88 juta.

Secara kumulatif, untuk minggu berkenaan, peruncit bersih menjual ekuiti bernilai -RM68.01 juta di Bursa Malaysia sementara institusi tempatan mencatat penjualan bersih mingguan terkumpul bernilai -RM225.33 juta, kata MIDF Research.

Sejak awal tahun 2021, peruncit secara kumulatif menjadi satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti tempatan yang berjumlah sehingga RM10.40 bilion, sementara institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih, masing-masing pada -RM6.71 bilion dan -RM3.69 bilion.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing mencatat pergerakan mingguan masing-masing -15.32 peratus, -15.07 peratus dan -32.12 peratus dalam purata nilai dagangan harian.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *