Dakwaan taufan, tsunami di Borneo palsu – Met Malaysia

 Dakwaan taufan, tsunami di Borneo palsu – Met Malaysia

Kredit foto Suara Merdeka

KOTA KINABALU, 23 Dis — Tular maklumat mengenai taufan dan tsunami dengan kelajuan 150 hingga 200 km/jam menuju ke Borneo adalah palsu.

Jabatan Meteorologi telah mengklasifikasikan maklumat tular yang dikongsi di pelbagai platform media sosial termasuk WhatsApp, sebagai maklumat palsu dan tidak benar.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu, jabatan itu juga menyebut bahawa penyalahgunaan gambar satelit dan logonya untuk menyokong maklumat palsu boleh menyebabkan panik orang ramai.

Jabatan itu memberi amaran bahawa penyebaran maklumat palsu boleh mengakibatkan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai diingatkan untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai ramalan dan amaran cuaca termasuk amaran gempa bumi dan tsunami daripada laman web rasmi dan media sosial Jabatan Meteorologi Malaysia atau menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 atau daripada aplikasi myCuaca.”

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  61  =  70