• Sunday, 20 June 2021, 3:38 pm

Dakwaan ditahan keluar selepas jam 6 petang palsu – Polis KL

 Dakwaan ditahan keluar selepas jam 6 petang palsu – Polis KL

Timbalan Ketua Polis KL, Datuk Yong Lei Choo

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Polis Kuala Lumpur semalam mengesahkan video tular mendakwa pasukan keselamatan itu menerima arahan menahan individu yang didapati keluar rumah selepas 6 petang kecuali atas urusan kesihatan atau kecemasan adalah palsu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo berkata berdasarkan siasatan, video yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Tiktok itu didapati telah diubahĀ suai dengan meletakkan tangkap layar daripada sebuah artikel di laman sesawang.

Beliau berkata artikelĀ yangĀ bertajuk ā€˜Tiada kompromi lagi, keluar rumah selepas jam 7 petang kena tangkapā€™Ā itu didapati telah disiarkan secara dalam talian pada 24 Mac tahun lepas.

“Tangkap layar artikel berkenaan dipinda individu yang tidak bertanggungjawab dengan memasukkan logo PDRM, perkataan ā€˜Diraja Malaysian IPK KL Polisā€™Ā yang ternyata salah dan audio yang menyatakan bermula hari ini, sesiapa yang keluar rumah selepas jam 6 petang akan ditangkap, kecuali bagi mereka yang mempunyai urusan di klinik atau hospital dan hal-hal yang membabitkan kecemasan seperti membawa orang sakit,ā€ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, turut dinyatakanĀ orang awam yang keluar rumah selepas 6 petang untuk membeli makanan akan ditahanĀ atas arahan Ketua Polis Negara.

Yong berkataĀ orang ramaiĀ dibenarkan keluar rumah untuk membeli keperluan asas dan makanan pada waktu mana-mana kedaiĀ terbabitĀ beroperasi sehingga 8 malamĀ berdasarkan prosedur operasi standard Am Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh 2 Jun 2021 yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

YongĀ menasihatiĀ orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita palsu atau maklumat yang tidak sahih.

ā€œIndividu yang dengan niat menularkan berita tidak benar berkaitan COVID-19 untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (NoĀ 2) 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *