Dakwa tubuhkan Bersatu, Muhyiddin berangan – Mukhriz

 Dakwa tubuhkan Bersatu, Muhyiddin berangan – Mukhriz

Gambar file.

KUALA LUMPUR, 12 Nov —  “Muhyiddin berangan jika dia mengaku menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),”

Berikut komen Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan penubuhan parti tersebut.

” Minta dia semak semula dokumen pendaftaran parti di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan lihat sendiri siapa pengasas Bersatu,” katanya.

Tambah beliau mungkin dengan mengakui sebagai pengasas Bersatu, Muhyiddin berjaya memecat Tun Dr Mahathir Mohammed dari jawatan Pengerusi dan dirinya sendiri. “Jika benar dakwaan Muhyiddin, mengapa nombor keahlian Tun Dr Mahathir didalam Bersatu ialah 0001,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Mukhriz bagaimanapun menjelaskan memandangkan beliau dan bapanya kini bukan lagi ahli Bersatu dan telahpun menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), fokus mereka adalah kepada parti sendiri.

“Biarlah Muhyiddin dengan kenyataannya yang penuh angan-angan tu, kami kini mahu fokus kepada pembangunan parti Pejuang sahaja,” katanya.

Pada 28 Mei 2020, Keahlian Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir, Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain ‘terhenti serta merta’ daripada parti itu.

Tiga pemimpin lain yang sehaluan dengan Mahathir iaitu Ketua Pemuda Bersatu pada waktu itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut digugurkan dari Bersatu.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

60  +    =  64