#WAAW-Da’i Syed pasang pembantu peribadi jaga keselamatan diri

 #WAAW-Da’i Syed pasang pembantu peribadi jaga keselamatan diri

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pendakwah bebas yang dipalit tuduhan jenayah, Da’i Syed menggunakan khidmat pembantu peribadi bagi membantu memudahkan rutin hariannya.

Syed atau nama penuh, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, berkata, pembantu peribadi yang juga berperanan sebagai pegawai keselamatan itu bertugas memastikan keselamatan dirinya sentiasa terjaga.

“Bukanlah pengawal peribadi seperti yang disangka tetapi saya sudah lama mengenali Abang Mat ini, yang membantu memudahkan saya menjalani kerja harian.

“Kadang kala ketika makan ada yang datang hendak bergambar sebagainya, takkan saya pula hendak menolak nanti timbul cerita lain. Jadi kewujudan Abang Mat membantu saya untuk lebih mudah bergerak.

“Jika majlis atau acara jauh-jauh, Abang Mat yang membawa saya tetapi kalau setakat hendak ke kedai tu tidak perlulah,” kata Syed kepada Wacana.my

Syed ditemui ketika Majlis Pelancaran Asyedap Salted Caramel di Bangi Golf Resort pada baru-baru ini.

Tambah Syed Iqmal lagi, dia juga tidak pernah menerima ugutan sehingga mengancam nyawa atau keselamatan yang memerlukannya mengupah pengawal peribadi.

“Saya tidak pernah menerima ugutan sampai tahap mengancam nyawa dan keselamatan pun. Jadi tidak perlulah sampai nak upah bodyguard.

“Tapi saya akui mula mengambil pembantu peribadi selepas kontroversi yang melanda,” katanya.

Hampir sebulan mendiamkan diri daripada Instagram, Syed akhirnya kembali aktif di laman tersebut. Malah, dia turut berkongsi beberapa tulisan puisi dan nukilan hati yang dihasilkan semasa dia berada di dalam tahanan lokap selama 20 hari.

Pada 15 Disember lalu, Syed Iqmal dilepaskan dengan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM35,000 masing-masing RM25,000 di Mahkamah Petaling Jaya dan RM10,000 di mahkamah Shah Alam.

Dalam pertuduhan ke atasnya pada 10 Disember lalu, Syed Iqmal mengaku tidak bersalah bagi tiga tuduhan jenayah seksual masing-masing di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya serta Mahkamah Seksyen, Shah Alam.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

87  −    =  82