• Sunday, 20 June 2021, 2:15 pm

Daerah Besut masih tertakluk SOP PKPD

 Daerah Besut masih tertakluk SOP PKPD

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 31 Mei – Penduduk di daerah Besut, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dinasihat menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) khas untuk penduduk daerah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Besut (JPBD), Ahmad Farhan Abdul Wahab

Ini kerana penduduk terbabit tidak terikat dengan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebaliknya SOP sedia ada masih terpakai sehingga 4 Jun 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Besut (JPBD), Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, makluman itu dibuat selepas terdapat kekeliruan di kalangan orang awam khususnya berkenaan SOP yang diguna pakai dan dikuatkuasakan di daerah itu.

Katanya, Ini adalah lanjutan daripada pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Ahad 30 Mei 2021 berkenaan 17 senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP penuh seluruh nnegara menyebabkan ramai yang terkeliru.

Beliau berkata, daerah itu masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang melibatkan 15 mukim seluruh daerah Besut.

“Oleh itu JPBD ingin memaklumkan bahawa seluruh daerah Besut adalah tertakluk kepada SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam satu kenyataan media.

Ahmad Farhan yang juga Pegawai Daerah Besut berkata, jika PKPD di daerah itu disambung lagi pihak MKN akan menggunakan SOP yang sama dan SOP PKP yang diumumkan kerajaan adalah tidak terpakai di kawasan PKPD.

Dalam perkembangan sama, beliau mengharapkan agar seluruh rakyat sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Selain Besut, daerah Kuala Terengganu dan mukim Kuala Berang,Hulu Terengganu turut dikenakan PKPD.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *