Daddy dan Mummy dah kahwin ke belum? Soalan anak tiri dorong Caprice untuk bernikah

 Daddy dan Mummy dah kahwin ke belum? Soalan anak tiri dorong Caprice untuk bernikah


PETALING JAYA : “Sebelum terfikir nak kahwin, masa tengah makan dekat One Utama, adik (panggilan manja buat Aleesya) tiba-tiba tanya ‘Daddy dengan mummy dah kahwin ke belum?

“Aleesya Sofea merupakan seorang kanak-kanak istimewa. Kadang-kadang, saya tak rasa dia berusia 5 tahun 2 bulan”.

Demikian perkongsian penyanyi rap sensasi, Caprice yang berkongsi momen rawak anak tirinya, Aleesya Sofea yang dianggap berfikiran matang dan bijak untuk kanak-kanak berusia 5 tahun.

Mengimbas pelbagai insiden sebelum bergelar suami kepada Farra Inalis Hussni, selebriti popular itu mengakui tindakan yang diambil untuk berkahwin turut didorong oleh kebijaksanaan anak tirinya itu.

“Semestinya saya terkejut kerana sama sekali tidak menyangka soalan begitu akan keluar dari mulut kanak-kanak yang berusia 5 tahun. 

“Saya berasa pertanyaan tersebut adalah tanda dari Dia. Takkan nak teruskan hubungan yang haram depan budak 5 tahun, pulak tu yang selalu panggil kita daddy. Saya perlu buat keputusan,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Caprice menambah, selepas insiden berkenaan, dia menganggap Aleesya berasa bangga terhadap keputusan untuk bernikah dengan ibunya sewaktu majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Wilayah pertengahan November lalu.

“Pada hari pernikahan dekat Masjid Wilayah, disebabkan patuh SOP, adik terpaksa tunggu dalam kereta. Saat dia melihat saya turun tangga, dia terus lari dan pegang tangan kuat-kuat seperti dia berbangga dengan apa yang telah berlaku.

“Budak umur 5 tahun boleh ke faham benda-benda macam perkahwinan? Dia punya happy tu lain macam. Sama ada dia gembira kerana daddy kahwin dengan ibu… atau sebab dia sudah dapat akses penuh terhadap permainan daddy. 

“Adik dah lama rancang, kita je yang lalai. Saya sangat berharap dapat jadi ayah dan imam yang baik suatu hari nanti. Insya-Allah,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64  −    =  61