Curi kabel elektrik beli dadah

 Curi kabel elektrik beli dadah

Dua lelaki ditahan disyaki mencuri kabel elektrik di Jalan Cenderai 17, Taman Megah Ria, Johor Bahru, kelmarin

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 22 Mac – Dua sahabat ditahan polis ketika membawa kabel elektrik dalam raga motosikal disyaki dicuri di Jalan Cenderai 17, Taman Megah Ria, di sini kelmarin.

Kedua-dua suspek dalam lingkungan usia 30-an, ditahan jam 3 petang dipercayai mencuri kabel elektrik berkenaan untuk membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek ditahan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam ketika melakukan rondaan di kawasan tersebut.

“Semasa melakukan rondaan cegah jenayah telah menahan suspek yang cuba melarikan diri dengan motosikal.

“Pemeriksaan ke atas suspek menemukan tiga gelung kabel elektrik yang sudah dipotong,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Peralatan untuk mencuri kabel seperti penukul, pemotong kabel, spanar boleh laras dan sebilah pisau turut dirampas.

Selain itu, satu paket lut sinar mengandungi dadah jenis syabu turut dirampas daripada mereka.

Berdasarkan siasatan, suspek memberitahu kabel itu dicuri dari Kawasan Perindustrian Kota Puteri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1957.

Mohd Sohaimi berkata, kedua-dua suspek direman selama empat hari hingga 24 Mac ini untuk siasatan lanjut.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

61  +    =  63