Cubaan bawa masuk kentang Bangladesh gagal

 Cubaan bawa masuk kentang Bangladesh gagal

Oleh Nurman Nasyriq

ISKANDAR PUTERI, 28 Mac – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan sebuah kontena yang membawa 28,000 kilogram (kg) kentang bernilai RM28,972.15 yang cuba dibawa masuk dari Bangladesh, kelmarin.

MAQIS dalam satu kenyataan memberitahu, kentang itu dikesan pihaknya ketika menjalankan pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini jam 11.15 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati pengimport telah melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa, iaitu tiada label yang ditampal pada setiap bungkusan kentang tersebut.

“Sehubungan itu, kesemua produk kentang tersebut ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM75,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

MAQIS turut menasihati pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan supaya kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15  +    =  21