Pesakit COVID-19 cuba lari, cedera jatuh bangunan hospital

 Pesakit COVID-19 cuba lari, cedera jatuh bangunan hospital

Seorang pesakit COVID-19 cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat lima Hospital Sungai Buloh semalam. Foto – Ihsan Pembaca

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Nekad mahu melarikan diri, seorang pesakit COVID-19 cedera selepas terjun melalui tingkap di tingkat lima, Hospital Sungai Buloh, semalam.

Pesakit lelaki berusia 33 tahun itu sebelumnya dimasukkan ke hospital pada jam 3 pagi, dalam keadaan murung tetapi agresif.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata pesakit itu juga turut bergelut dengan kakitangan dan jururawat semasa dia cuba keluar dari wad berkenaan.

“Semasa dalam wad, pesakit menumbuk muka dan mengejar jururawat yang menghalang dia dari keluar serta mengganggu pesakit lain.

“Pesakit pergi ke tepi tingkap di wad berkenaan dan cuba terjun. Kejadian disedari oleh jururawat, sebelum cubaan menyelamat dilakukan. Pesakit terjatuh ke aras bawah hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kejadian berlaku sekitar 3.20 petang dan mangsa telah dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami cedera pada muka dan badan.

Sebelum ini tular di media sosial sebuah video seorang lelaki cuba dihalang dari terjun dari tingkat lima hospital berkenaan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18  −    =  14