Cuaca sejuk melampau, hampir separuh ternakan di Mongolia mati dalam tempoh 2 bulan

 Cuaca sejuk melampau, hampir separuh ternakan di Mongolia mati dalam tempoh 2 bulan

ULAN BATOR, 18 Mac — Musim sejuk melampau, dikenali ‘dzud’ di Mongolia, membunuh sejumlah 540,400 ternakan di seluruh negara dalam dua bulan pertama tahun ini, peningkatan tiga kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut data Pejabat Statistik Nasional (NSO) pada Khamis.

‘Dzud’ istilah Mongolia untuk menggambarkan musim sejuk melampau selepas musim panas yang kering, mengakibatkan banyak ternakan mati kelaparan atau kesejukan.

Lebih separuh daripada 21 wilayah di Mongolia kini mengalami keadaan dzud atau hampir-dzud, menurut Kementerian Makanan dan Pertanian, lapor Xinhua.

Kira-kira 85 peratus ternakan yang mati adalah kambing dan biri-biri, kata NSO.

Penternakan adalah tulang belakang ekonomi negara yang dikelilingi daratan ini kerana hampir 40 peratus penduduk nomadnya bergantung kepada penternakan sebagai mata pencarian.

Menurut agensi statistik, Mongolia memiliki 67.1 juta ekor ternakan pada akhir 2020.

Ribuan penggembala kehilangan haiwan mereka hampir setiap tahun kerana dzud. Pada 2016, lebih sejuta haiwan ternakan mati.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

71  −  65  =