Cuaca panas dijangka sampai April

 Cuaca panas dijangka sampai April

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Cuaca panas dijangka akan melanda negara ini sehingga pertengahan April depan susulan musim peralihan monsun yang bermula pertengahan bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, Malaysia kini menerima angin melalui kawasan kering di IndoChina.

Beliau berkata, negeri-negeri di utara Semenanjung dijangka akan mengalami cuaca tanpa hujan yang lama serta keadaan yang lebih kering untuk tempoh sama.

“Sebelum ini, suhu sehingga 39 darjah Celcius pernah dicapai dan dengan keadaan El Nino yang ketara, cuaca setinggi 40 darjah Celcius boleh dicapai.

“Bagaimanapun, tahun ini kita tidak menjangkakan suhu yang begitu panas disebabkan fenomena La Nina dan jangkaan suhu dalam 37 darjah Celcius di utara,” katanya,

Beliau turut menasihati orang ramai mengelakkan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering ini.

“Sebenarnya kita bernasib baik ada La Nina yang sederhana berbanding tahun lepas. Kalau kita tengok pada Februari, sebenarnya tahun ini cuma 36.8 darjah Celcius berbanding 38.4 darjah Celcius tahun lepas.

“Kita juga menasihatkan orang ramai agar menjimatkan penggunaan air, mengelakkan daripada mencemarkan sumber air dan mengelakkan aktiviti-aktiviti di luar yang terdedah kepada panas semasa keadaan panas ini.

“Pastikan sentiasa membawa bekalan air dan banyak minum air jika terpaksa melakukan aktiviti di tempat panas bagi mengelakkan strok haba,” katanya

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  86  =  92