Cuaca baik dijangka ketika Aidilfitri

 Cuaca baik dijangka ketika Aidilfitri

Ketua Pengarah Jabatannya, Jailan Simon

KUALA LUMPUR, 5 Mei — Rakyat Malaysia akan menyambut Aidilfitri yang dijadualkan pada 13 dan 14 Mei depan ini dalam keadaan cuaca yang baik walaupun negara dalam musim hujan lebat dan ribut petir ketika ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mulai pertengahan Mei hingga September ini, negara di bawah pengaruh hujan lebat serta ribut petir.

Ketua Pengarah Jabatannya, Jailan Simon bagaimana pun berkata, hujan pada sebelah pagi Aidilfitri nanti dijangka turun di Perak, Melaka dan Selangor tetapi tidak lebat.

Beliau berkata, keadaan cuaca negara yang dipengaruhi oleh fasa Monsun Barat Daya, bakal menyaksikan ribut petir dan hujan lebat yang berkurangan manakala cuaca lembab selain merupakan peralihan yang biasa.

“Monsun Barat Daya biasa bermula pada pertengahan Mei hingga September. Kejadian  ribut petir yang dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.

“Namun, hujan boleh berlaku pada waktu pagi terutama di sebelah Pantai Barat Semenanjung seperti Melaka, Selangor dan Perak,” katanya kepada Wacana.my

Ketika tempoh monsun berkenaan, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.

Sementara itu, Sarawak dijangka menerima hujan yang sedikit di bawah purata 150mm hingga 400mm manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  2